Sunday 9 October 2011

Komputer / PC



Komputer/PC adalah alat atau mesin automatik yang menerima arahan, memproses arahan dan menyimpan semua maklumat untuk kegunaan kemudian dan seterusnya mengeluarkan keputusan untuk tatapan kita. Segala maklumat yang diterima di panggil Input dan keputusan yang dihasilkan di panggil Output. Komputer mempunyai ingatan supaya boleh menyimpan maklumat dan memanggilnya kembali pada bila-bila masa apabila ia diperlukan. Arahan ialah maklumat yang memberitahu komputer tugas-tugas yang perlu dilakukannya. Kita memberi arahan dengan cara menulis aturcara. Untuk menyokong aturcara, kita sertakan data yang cukup. Data ialah unit terkecil maklumat atau bahan yang mencapai maksudnya sendiri.

No comments:

Post a Comment