Sunday 9 October 2011

Apa itu USB?



USB adalah Universal Serial Bus.Ia adalah suatu sambungan perkakasan ke PC yang mantap.Ia menyelesaikan masalah penambahan kad perkakasan pada slot PCI apabila ingin menaik taraf/upgrade PC.Selain itu membolehkan sebarang perkakasan dipasang dan ditanggalkan dengan mudah tanpa perlu memulakan semula PC.Sambungan USB diperkenalkan sebanyak 4 kali ( USB 1.0 FDR, USB 1.0, USB 1.1 dan USB 2.0) dengan 3 sambungan kelajuan berbeza mengikut perkakasan ; Low speed rate ( 1.5 Megabit sesaat), Full speed rate (12 Megabit sesaat) dan Hi-speed rate ( 480 Megabit sesaat).









USB Port
Terdapat 2 jenis USB port, iaitu jenis Standar A dan Standard B. Standard A terdapat di motheboard PC dan laptop dan Standard B terdapat pada gadjet elektronik kecil seperti kamera digital, printer dan sebagainya.Kebanyakan perkakasan PC terkini menggunakan USB bagi menggantikan sambungan LPT dan COM.

USB Conector/ Header
USB connector/ header terletak pada permukaan motherboard. Connector ini digunakan untuk menyambung port USB yang terdapat pada ATX casing ke motherboard atau sesuatu hardware lain secara terus ke mothernoard.


USB Hub
USB hub terdapat dalam pelbagai jenis dan bentuk.Fungsinya adalah untuk memudahkan pengguna untuk menjalankan tugas yang melibatkan penggunaan USB lebih daripada satu.Selalunya USB hub ini digunakan apabila PC/ Laptop kekurangan USB Port.

No comments:

Post a Comment