Thursday 10 November 2011

Pendrive Kingston DT101 8Gb murah...




Saya menjual Pendrive Kingston DT101 8Gb dengan harga yang murah dan berpatutan..

Hanya RM25..

- untuk penghantaran melalui pos ( pembelian mestilah melebihi dari satu sahaja) + postage RM3..

- COD untuk yang berada di Penang ( area pulau sahaja)


Jika berminat, boleh email saya @ sms saya di bear_n_pingu@yahoo.com @ 012-4809337

Tuesday 18 October 2011

Sudah Berapa Lama OS anda Beroperasi?

Nak tahu secara detail OS komputer kita?

Masuk command prompt, taip systeminfo n hit enter.

Ia akan keluar detail tentang pc anda. Model, OS name, version, mase tarikh bila instal, product id, bila pc dihidupkan dan banyak lagi.

p/s: Windows Profesional je yang boleh.. bg windows HOME synstax die net statistics kat command prompt tu.

Jejak User lain guna Command Prompt

Korang mungkin ingin tahu user lain yang guna line network yang sama seperti kat cc atau wifi network. Korang juz buka command prompt n taip net view je. lepas tu  akan senarai semua user yang guna line network yang sama..



Tukar Nama Fail Yang Banyak Sekaligus

Biasanya nak tukar nama bagi foto-foto yang banyak makan masa gak nak rename2 nih.. Nama-nama seperti DSC010, DSC011, dan DSC043 sudah tentu tidak memberi apa-apa makna. Untuk tukarnya kepada nama-nama yang dikehendaki seperti “renuion (1)”, “renuion (2)”, dan “renuion (3)”. Perlukah tukar nama bagi kesemua fail ini satu persatu? Sudah tentu sekali tidak! Ikuti cara di bawah bagi menukar nama bagi sejumlah fail sekaligus.

* Pilih fail-fail yang akan dinamakan.
* Klik-kanan pada fail yang pertama, pilih Rename.
* Tulis nama baru diikuti dengan “(1)”. Contohnya saya tukarkan “DSC010.jpg” kepada “renuion (1).jpg”
* Hit Enter.

Kesemua fail yang berikut akan dinamakan secara automatik mengikut urutan. Kan mudah tu.

Monday 10 October 2011

Task Killer: Tutup Aplikasi yang Tidak Berfungsi (Hang)

Task Killer

Sedang anda menjalankan satu-satu aplikasi, tiba-tiba aplikasi tersebut tidak berfungsi dan tergantung (hang). Anda menekan-nekan butang pada aplikasi tersebut tetapi tidak mendatangkan sebarang kesan. Nak tutup pun tak boleh. Cuba anda perhatikan pada bar tajuk aplikasi tersebut ada tertulis “Not responding”.
Adalah lebih baik aplikasi seperti ini ditutup bagi mengelakkan ia menganggu penggunaan komputer anda. Tapi bagaimana, sedangkan ia tidak boleh ditutup dengan cara biasa? Nak gunakan Task Manager pun tak boleh harap sangat.
Task Killer adalah satu alat kecil yang berfungsi untuk menutup aplikasi – aplikasi seperti ini. Hanya klik pada ikon Task Killer di system tray dan pilih aplikasi yang ingin anda tutup. Task Killer mampu ‘membunuh’ apa-apa program atau servis dengan pantas.

Terdapat juga alat lain yang lebih canggih seperti ProcessExplorer ataupun DTaskManager untuk fungsi yang sama. Namun Task Killer unik di sini kerana ia membolehkan kita menutup apa-apa program terus dari taskbar, menjadikannya lebih pantas dan mudah digunakan.

Shortcut Key Dalam Windows

Dengan menggunakan shortcut key, kita dapat menjimatkan masa dengan melancarkan

arahan – arahan yang biasa digunakan, contohnya buka My Computer, lock komputer, dan macam – macam lagi.
Berikut merupakan senarai shortcut keys dalam Windows. “Win” adalah kekunci yang ada logo Windows tu.
Win + E Buka My Computer
Win + D Tunjukkan desktop (semua window yang dibuka akan minimize)
Win + M Minimize semua window yang dibuka
Win + F Buka Find
Win + Ctrl + F Buka Find Computers
Win + R Buka Run
Win + U Buka Utility Manager
Win + L Lock komputer
Win + Pause/Break Buka system properties
Win + F1 Buka Windows Help and Support
Win + Tab Tukar program yang berada di atas taskbar
Seterusnya…

Shortcut Key Fungsi
Alt + Tab Tukar program yang sedang dibuka.
Alt + Shift + Tab Sama seperti Alt + Tab, tetapi pilihan ke belakang
Alt + Double Click Buka properties bagi fail dan folder
Alt + Enter Buka properties bagi fail dan folder
Alt + Print Screen Print Screen bagi Windows yang aktif sahaja
Ctrl + Alt + Del Restart komputer atau buka Task Manager
Ctrl + Esc Klik pada Start menu
Alt + Esc Tukar program yang berada di atas taskbar
F1 Aktifkan help bagi program yang sedang dibuka
F2 Rename fail yang dipilih
F3 Buka Find
F4 Pilih drive di dalam My Computer atau sewaktu browse file
F5 Refresh
F10 Mengaktifkan menu bagi program yang sedag dibuka
Shift + F10 Right click pada kawasan yang dipilih
Alt + F4 Tutup program yang sedang dibuka
Ctrl + F4 Tutup window di dalam program yang sedang dibuka
Shift + Delete Buang fail tanpa melalui Recycle Bin